PENGERTIAN KHURAFAT DAN SYIRIK
PENGERTIAN KHURAFAT :
-
- Khurafat adalah perkataan Arab yang di asaskan dari akar
kata: خرف خرافة خرافات
-
- Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu diberi makna cerita
karut atau karut marut.
- - Di dalam al-Munjid disebut:
خرف
قسد اخرفة افسده
الخر
افة حديث الخرف المضحك
- - Al-khurafat juga disebut sebagai الحديث الباطل
مطلقا percakapan yang tidak betul sama sekali.
- - Istilah khurafat telah diterima pakai di
dalam masyarakat Melayu dan pada umumnya diketahui maksudnya kerana ianya
semacam menjadi bahasa Melayu.
- - Khurafat maksudnya kepercayaan karut
yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan
dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan
membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.
- - Di dalam kitab Addarul Nadid, halaman 179 ada disebut:
Yang bermaksud:
“Adapun apa yang diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu hingga sekarang tentang adanya bagi seekor
burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan yang boleh memberi kesan pada
kebahagiaan atau kecelakaan manusia. Semuanya itu adalah khurafat. Islam
membatalkannya kerana jelas bertentanagn dengan tauhid”.
PENGERTIAN SYIRIK :
- Syirik adalah suatu perbuatan (dalam sikap dan, atau
niat) terutama menyangkut aqidah di mana seseorang melakukan sesuatu bukan
sepenuhnya kerana Allah SWT atau secara sedar mencampur baurkan ke-esaan zat
Allah SWT dengan unsur- unsur lain yang menurut ajaran Islam dapat diertikan
sebagai perbuatan menyekutukan Alah SWT.
- Adapun menurut sifatnya, Syirik
terbagi dalam 3 (tiga) kelompok besar yakni:
1) SYIRIK YANG MENYELISIHI SIFAT-SIFAT ALLAH TA'ALA :
-
Syirik Rububiyyah
= Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan dan hal-hal lain dari sifat-sifat rububiyyah.
-
Syirik Uluhiyyah
= Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu memberikan mudharat atau manfaat,
memberikan syafaat tanpa izin Allah, dan lainnya yang termasuk sifat-sifat uluhiyyah.
-
Syirik Asma' Wa Sifat
= Meyakini atau percaya
kepada makhluk Allah yang memiliki sifat-sifat khusus yang dimiliki Allah
Ta'alla, seperti mengetahui perkara ghaib, dan sifat-sifat lain yang merupakan
kekhususan Rabb kita yang Maha Suci.
2) SYIRIK
MENURUT KADARNYA
-
Syirik Akbar (besar)
= Iaitu syirik dalam keyakinan, dan hal ini mengeluarkan pelakunya dari agama
islam.
· Syirik
dalam berdoa, yakni merendahkan diri kepada selain Allah dengan tujuan untuk
istighatsah dan isti'anah kepada selain-Nya.
· Syirik
dalam niat, kehendak dan maksud, manakala melakukan ibadah semata-mata ingin
mendapat pujian, atau untuk kepentingan-kepentingan bersifat duniawi lainnya.
· Syirik
dalam keta'atan, yaitu menjadikan sesuatu sebagai pembuat syariat selain Allah SWTatau menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah dalam
menjalankan syariat dan redha atas hukum tersebut.
· Syirik
dalam kecintaan, adalah mengambil makhluk sebagai tandingan bagi Allah
SWT. Menyetarakan kecintaannya kepada makhluk dengan
kecintaanya kepada Allah SWT.
-
Syirik Ashghar (kecil)
= Iaitu Riya', hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama islam, akan tetapi
mewajibkan pelakunya untuk bertaubat. Riya' bukan satu-satunya yang termasuk
dalam Syirik Ashgar atau Riya' memang termasuk Syirik Ashghar namun tidak
semua Syirik Ashghar berupa Riya'.
-
Syirik Khafi (tersembunyi)
= Iaitu seorang melakukan amal dikeranakan keberadaan orang lain, hal ini pun
termasuk dalam Riya', dan hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama
Islam, namun pelakunya wajib bertaubat.
3) SYIRIK
MENURUT TEMPAT KEJADIAN
-
Syirik I'tiqodi
= Iaitu Syirik yang berupa keyakinan, misalnya meyakini bahawa Allah SWT yang menciptakan kita dan memberi rezeki pada kita namun di sisi lain
juga percaya bahawa dukun misalnya, dapat mengubah takdir yang telah digariskan
Allah SWT kepada kita. Hal ini termasuk Syirik Akbar yang mengeluarkan
pelakunya dari agama islam.
-
Syirik Amali
= Iaitu setiap amalan zahir yang dinilai oleh syari'at islam sebagai sebuah
kesyirikan, seumpama menyembelih haiwan (atau makhluk Allah lainnya) untuk
selain Allah, dan bernazar untuk selain Allah dan lain sebagainya.
-
Syirik Lafzhi
= Iaitu setiap lafaz yang dihukumi oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan,
seperti bersumpah dengan selain nama Allah, seperti misalnya , "Tidak ada
bagiku kecuali Allah dan engkau", dan "Aku bertawakal kepadamu",
"Kalau bukan karana Allah dan si fulan maka tak akan begini dan begitu
jadinya", dan lafaz-lafaz lainnya yang mengandungi unsur kesyirikan (menyekutukan Allah SWT).
0 comments: