MUKA HADAPAN

 



DUA6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
                         
       CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM  


PN WATI MOHAMAD : JABATAN PENGAJIAN AM 


MOHAMAD TAUFIQ BIN MOHD RAZADI       12DEE14F1007
 MUHAMMAD NUR SAFIQ BIN ABDULLAH   12DEE14F1013  
MUHAMMAD MUAZ BIN ZULKIFLI                12DEE14F1015

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK 




DEE5A 


JUN 2016

SENARAI KANDUNGAN

SENARAI KANDUNGAN : 



1) OBJEKTIF

2) PENGENALAN 

3) PENGERTIAN KHURAFAT DAN SYIRIK  

4) AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DAN CARA MENGATASI              

5) KESIMPULAN

6) SUMBER RUJUKAN 

OBJEKTIF

OBJEKTIF : 


i) Kerajaan perlu membuat penapisan setiap filem yang melibatkan amalan agama dan masyarakat sebelum filem itu diterbitkan. 


ii) Menekankan tentang keburukan amalan khurafat dan syirik dalam setiap ceramah dan program di sekolah, IPT, tempat awam, masjid dan lain-lain. 


iii) Kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di negara kita.


PENGENALAN

PENGENALAN 

              


             Pada masa kini , kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan dalam filem dan penyiaran. Namun bentuk-bentuk hiburan sebegini telah mengundang kealpaan dalam diri manusia yang terlalu mengejar keuntungan semata-mata. Tidak salah seandainya mahu berhibur namun , seseorang perlu tahu batas yang ditetapkan. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsur komedi , romantik , aksi mahupun seram. 


              
             Berbincang mengenai hiburan ini , isu yang ingin diutarakan ialah unsur-unsur khurafat dan syirik dalam Islam terutamanya di dalam filem yang kebanyakkannya merosakkan akidah umat Islam. Di antara filem yang mendapat tempat di kalangan masyarakat ialah filem berbentuk seram. Keadaaan ini dibuktikan apabila setiap kali tayangan filem berunsur seram ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia , kutipan julan tiket mendapat sambutan hangat berbanding filem bercorak kerohanian. Situasi ini telah menyebabkan semakin ramai pengarah filem tempatan mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem-filem berunsur hantu dan seram.

              
                
               Oleh itu , dalam kita berseronok dalam hiburan duniawi , perlu beringat agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh merosakkan akidah sebagai seorang umat Islam. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tdak harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Pengiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam menggarap skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah S.W.T. Ingatlah bahawa Allah S.W.T merupakan pencipta sekalian makhluk.  


PENGERTIAN KHURAFAT DAN SYIRIK

PENGERTIAN KHURAFAT :
-        

   - Khurafat adalah perkataan Arab yang di asaskan dari akar kata:        خرف خرافة خرافات

-         
   - Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu diberi makna cerita karut      atau karut marut.

-      - Di dalam al-Munjid disebut:
           خرف قسد اخرفة افسده
           الخر افة حديث الخرف المضحك

-         Al-khurafat juga disebut sebagai الحديث الباطل مطلقا percakapan            yang tidak betul sama sekali.

-         Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat Melayu   dan pada umumnya diketahui maksudnya kerana ianya semacam     menjadi bahasa Melayu.

-         Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan          diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan                berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan      kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku              dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana        atau membawa tuah keberuntungan.

-         Di dalam kitab Addarul Nadid, halaman 179 ada disebut:
        
   Yang bermaksud:

        “Adapun apa yang diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu   hingga sekarang tentang adanya bagi seekor burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan yang boleh memberi kesan pada kebahagiaan atau kecelakaan manusia. Semuanya itu adalah khurafat. Islam membatalkannya kerana jelas bertentanagn dengan tauhid”.  




PENGERTIAN SYIRIK :  


Syirik adalah suatu perbuatan (dalam sikap dan, atau niat)               terutama menyangkut aqidah di mana seseorang melakukan             sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT  atau secara sedar       mencampur baurkan ke-esaan zat Allah SWT dengan unsur-             unsur lain yang menurut ajaran Islam dapat diertikan sebagai           perbuatan menyekutukan Alah SWT. 

- Adapun menurut sifatnya, Syirik terbagi dalam 3 (tiga) kelompok   besar yakni: 

    
     1)   SYIRIK YANG MENYELISIHI SIFAT-SIFAT ALLAH                   TA'ALA :

-        Syirik Rububiyyah

= Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu                    menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan atau                mematikan dan hal-hal lain dari sifat-sifat rububiyyah.


-        Syirik Uluhiyyah

= Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu                    memberikan mudharat atau manfaat, memberikan syafaat    tanpa izin Allah, dan lainnya yang termasuk sifat-sifat          uluhiyyah.

          
-        Syirik Asma' Wa Sifat

= Meyakini atau percaya kepada makhluk Allah yang              memiliki sifat-sifat khusus yang dimiliki Allah Ta'alla,          seperti mengetahui perkara ghaib, dan sifat-sifat lain yang    merupakan kekhususan Rabb kita yang Maha Suci.




     2)  SYIRIK MENURUT KADARNYA 

-        Syirik Akbar (besar)

= Iaitu syirik dalam keyakinan, dan hal ini mengeluarkan        pelakunya dari agama islam.

·       Syirik dalam berdoa, yakni merendahkan diri kepada selain Allah dengan tujuan untuk istighatsah dan isti'anah kepada selain-Nya.

·       Syirik dalam niat, kehendak dan maksud, manakala melakukan ibadah semata-mata ingin mendapat pujian, atau untuk kepentingan-kepentingan bersifat duniawi lainnya.

·       Syirik dalam keta'atan, yaitu menjadikan sesuatu sebagai pembuat syariat selain Allah SWTatau menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah dalam menjalankan syariat dan redha atas hukum tersebut.

·       Syirik dalam kecintaan, adalah mengambil makhluk sebagai tandingan bagi Allah SWT. Menyetarakan kecintaannya kepada makhluk dengan kecintaanya kepada Allah SWT.


-        Syirik Ashghar (kecil)

= Iaitu Riya', hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari          agama islam, akan tetapi mewajibkan pelakunya untuk          bertaubat. Riya' bukan satu-satunya yang termasuk dalam    Syirik Ashgar atau Riya' memang termasuk Syirik                Ashghar namun tidak semua Syirik Ashghar berupa              Riya'. 

    
-        Syirik Khafi (tersembunyi)

= Iaitu seorang melakukan amal dikeranakan keberadaan        orang lain, hal ini pun termasuk dalam Riya', dan hal ini        tidak mengeluarkan pelakunya dari agama Islam, namun      pelakunya wajib bertaubat.



      3)  SYIRIK MENURUT TEMPAT KEJADIAN

-        Syirik I'tiqodi

= Iaitu Syirik yang berupa keyakinan, misalnya meyakini        bahawa Allah SWT yang menciptakan kita dan memberi      rezeki pada kita namun di sisi lain juga percaya bahawa        dukun misalnya, dapat mengubah takdir yang telah                digariskan Allah SWT kepada kita. Hal ini termasuk              Syirik Akbar yang mengeluarkan pelakunya dari agama        islam.


-        Syirik Amali

= Iaitu setiap amalan zahir yang dinilai oleh syari'at islam        sebagai sebuah kesyirikan, seumpama menyembelih              haiwan (atau makhluk Allah lainnya) untuk selain Allah,      dan bernazar untuk selain Allah dan lain sebagainya.


-        Syirik Lafzhi  

= Iaitu setiap lafaz yang dihukumi oleh syari'at islam                sebagai sebuah kesyirikan, seperti bersumpah dengan            selain nama Allah, seperti misalnya , "Tidak ada bagiku        kecuali Allah dan engkau", dan "Aku bertawakal                  kepadamu", "Kalau bukan karana Allah dan si fulan maka    tak akan begini dan begitu jadinya", dan lafaz-lafaz              lainnya yang mengandungi unsur kesyirikan                          (menyekutukan Allah SWT).

AMALAN SYIRIK , KHURAFAT DAN CARA MENGATASI

ISI - ISI :   AMALAN SYIRIK DAN
                   KHURAFAT YANG
                   MEMPENGARUHI PENONTON
                   DAN MASYARAKAT                      





1) MENDIRIKAN RUMAH BARU 
   
=Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat
untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi/ emas/ perak/ tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.



=Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena denga keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.  
  





2) UPACARA MENURUNKAN PERAHU/KAPAL
     YANG BARU KE LAUT 
     
=Upacara ini di lakukan oleh bomoh dengan harapan perahu/ kapal tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan     sebagainya semasa belayar di lautan luas. Upacara dilakukan   dengan perahu itu di pulihkan dengan jampi di serapah dan     mentera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya.  




3) KENDURI TOLAK BALA   

 =Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya   kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.   

    
=Kenduri tolak bala sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua dengan syarat :- 

          
i.                    Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis
tersebut.                                       


ii.                  Melaksanakan kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis itu.                                    






4) UPACARA PERSANDINGAN 
       
=Persandingan sebenarnya adalah salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu di  mana mempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja Dewa Rama dan Dewi Sita.  
      


=Persandingan secara ini memperlihatkan di sebelah perempuan  Mak Andam sebagai pengiring utamanya dan di sebelah pihak lelaki pula Bomoh sebagai pengiringnya. Kedua-dua mempelai ini diarak dan di sanjung serta di puja sepertimana orang-orang Hindu memuja Dewa Rama dan Dewa Sita, dengan sebab itulah pengantin baru digelar sebagai Raja Sehari. 
       



5) Mengandung / Kelahiran bayi 
    
=Sebelum ibu melahirkan anak, Bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut. Semasa kelahiran bayi persiapan dibuat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.  






CARA-CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT :  


1) 
PERANAN KERAJAAN

Mengadakan kempen-kempen kesedaran bahananya amalan syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara. 

 Kerajaan juga perlu meletakkan topik " AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat.

  

2) PERANAN MASYARAKAT

Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.



3) 
PERANAN DIRI SENDIRI


- Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh  yang besar terhadap kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka.  

KESIMPULAN

KESIMPULAN


= Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.